Pakistan umum dasar automotif 2026 yang mengutamakan insentif EV dan pembuatan tempatan

Kerajaan Pakistan mengumumkan bahawa Perdana Menteri Shehbaz Sharif telah melancarkan dasar automotif baharu untuk 2026. Dasar itu mengutamakan insentif khas bagi kenderaan elektrik (EV), sokongan kepada pembuatan tempatan dan eksport, persaingan pasaran yang lebih sengit serta pengurangan bil import minyak. Matlamat yang dinyatakan termasuk menyediakan kenderaan berkualiti pada harga berpatutan dan menggalakkan pengangkutan mesra alam.