Senarai Bersama Israel umum sokongan kepada Eisenkot untuk membentuk kerajaan seterusnya

Senarai Bersama Israel berkata ia akan memaklumkan secara rasmi kepada Presiden Isaac Herzog tentang saranannya supaya pemimpin pembangkang Gadi Eisenkot membentuk kerajaan seterusnya, lapor Yonhap. Perikatan Arab yang mempunyai 11 kerusi itu berkata tiga puaknya sebulat suara menyokong keputusan tersebut bagi menghalang Benjamin Netanyahu kembali berkuasa. Selepas mendapat sokongan daripada parti Raam yang mempunyai lapan kerusi, kem Eisenkot berkemungkinan memperoleh saranan daripada 67 daripada 120 anggota Knesset, menurut Yonhap.